Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 HAPUSKAN PANDANGAN SUKA MENYALAHKAN SIKAP ORANG MISKIN

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

HAPUSKAN PANDANGAN SUKA MENYALAHKAN SIKAP ORANG MISKIN Empty
PostSubject: HAPUSKAN PANDANGAN SUKA MENYALAHKAN SIKAP ORANG MISKIN   HAPUSKAN PANDANGAN SUKA MENYALAHKAN SIKAP ORANG MISKIN EmptySun Jun 28, 2009 6:18 am

KINI banyak pekerja diberhentikan, termasuk orang Melayu, akibat krisis ekonomi yang melanda dunia.

Akibatnya, lebih banyak kes kemiskinan timbul di Singapura dan isu kemiskinan memang benar dan tidak harus diambil ringan. Namun apa yang kita dapat perhatikan ialah adanya retorik yang menyalahkan mangsa kemiskinan itu sendiri.

Sebagai contoh, mangsa kemiskinan sering dikelompokkan sebagai golongan yang malas berusaha, keluarga yang pincang, tidak boleh berdikari, bermasalah dalam corak pemikiran, budaya Melayu yang cepat bersyukur, suka berlepak dan bersuka ria dan banyak lagi.

Tetapi malangnya hujah sedemikian tidak disalurkan bersama bukti yang kukuh malah sekadar melalui pantauan terhad dan pemikiran yang singkat.

Ini adalah analisis yang tidak berperikemanusiaan, bahaya untuk kemajuan masyarakat dan tidak memberi faedah kepada masyarakat Melayu.

Cuba kita renungkan, apabila ada kejadian rompakan, siapa yang harus kita salahkan? Perompak atau mangsa yang dirompak?

Sama juga dalam isu kemiskinan. Apabila terjadi kemiskinan, yang harus disalahkan bukan si miskin tetapi hal-hal yang menyebabkan kemiskinan dan program yang tidak membantu golongan ini membolosi cengkaman kemiskinan.

Menggunakan sanggahan yang logik, saya tidak fikir ada satu pun manusia yang mahu hidup susah.

Saya tidak fikir ada orang Melayu sanggup beratur dalam cuaca panas sematamata mendapatkan wang yang tidak seberapa setiap Ramadan dan dimalukan dengan penyiaran wajah mereka di kaca televisyen.

Pada pandangan saya, gejala seperti ini terjadi dalam kalangan masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat.

Setelah berakhirnya penindasan struktur dari segi dasar-dasar di Amerika, ada beberapa golongan kulit hitam yang diberi peluang memegang jawatan penting dalam pekerjaan dan peluang persekolahan setimpal dengan yang dinikmati warga kulit putih demi mempamerkan kononnya ada keadilan sosial.

Akan tetapi, golongan kulit hitam yang 'berjaya' ini berpaling tadah terhadap masyarakat mereka sendiri yang kebanyakannya masih mundur dan merana.

Mereka mengutuk dan berasa jijik terhadap masyarakat mereka sendiri dan melihat mereka sebagai kaum yang malas dan tidak mahu berdikari.

Gejala ini boleh didapati dalam masyarakat Melayu Singapura. Jadi apa yang harus kita lakukan untuk membantu golongan masyarakat kita yang dilanda kemiskinan ini?

Pertama, kita harus utuhkan kepercayaan bahawa pemerkasaan diri sendiri tidak boleh bangkit daripada luaran.

Pemerkasaan dan pengupayaan sesebuah masyarakat mampu timbul daripada mereka sendiri tetapi sebelum ini berlaku mereka harus ada kesedaran yang kritikal terhadap keadaan mereka sendiri.

Di sini perlunya bantuan para pemimpin dan aktivis masyarakat, bukan setakat bantuan kewangan, bahkan juga bantuan dari segi menampilkan wacana melalui wadah popular seperti drama, filem, kartun, animasi, iklan dan sebagainya dengan harapan menimbulkan kesedaran kritikal dalam kalangan golongan miskin.

Dengan kesedaran kritikal inilah yang akan memberikan mereka semangat yang kuat untuk berusaha dengan peluang yang ada dan membantu membuka peluang lain yang selama ini tertutup rapat.

Dengan ini, pembangunan sesebuah masyarakat dan negara boleh dilakukan secara menyeluruh. No
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
HAPUSKAN PANDANGAN SUKA MENYALAHKAN SIKAP ORANG MISKIN
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mengapa remaja sekarang suka lesbian sesama sendiri
» "Pahala amal bergantung pada niat dan setiap orang itu"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Dengar-dengar-
Jump to: