Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Fenomena jika terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Fenomena jika terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu   Empty
PostSubject: Fenomena jika terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu    Fenomena jika terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu   EmptyFri Nov 02, 2012 6:03 am

Secara amnya, makhluk - makhluk bayangan kerdipan yang muncul seperti kelibat (berperilaku seperti manusia berlari pantas) ini berbentuk manusia, gelap dan amat tangkas. Lumrahnya, hampir setiap manusia biasa pernah mengalami fenomena melihat bayangan hitam yang bergerak pantas di sudut pandangan mata mereka dan apabila ditoleh, nyata tiada apa-apa.

(Kalau ketika anda menoleh, bayangan tersebut masih tercegat dihadapan, itu bukan lagi Flimmern-Geist!). Kebiasaannya, selepas fenomena ini berlaku, ia akan disusuli dengan perasaan gementar, seram dan perasaan seperti sesuatu yang ganjil telah berlaku akan dirasakan oleh si pelihat. Para saintis berpendapat fenomena ini hanyalah satu muslihat mata namun mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa ia berlaku. Fenomena kemunculan jelmaan kelibat ini

berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada halusinasi otak yang mana cuba mentafsirkan persepsi visual. Namun, bagi sesetengah orang percaya bahawa dalam zon penglihatan ini, birai mata dan minda mampu untuk melihat satu lagi dimensi lain iaitu dimensi dunia paranormal.

Ini bermakna sudut tepi mata kita umpama deria keenam yang mampu untuk menembusi hijap melihat dunia makhluk halus. Jelmaan yang muncul selalunya digambarkan berselubung dan gelap manum bagi sesetengah pengkaji yang membuat pemerhatian terhadap fenomena ini menerangkan sebenarnya terdapat garisan kabur pada hujung penglihatan yang dengan mudah boleh mengelirukan pandangan kita seolah kita terlihat pakain atau susuk tubuh jelmaan gelap.

Pada lewat abad ke-16, satu kepercayaan tahyul mula wujud di kalangan penduduk Eropah dimana fenomena Flimmern-Geist ini sering dikaitkan dengan tanda kematian. Dipercayai juga, berkemungkinan dari situlah asas kewujudan imej popular Grim Reaper, Si Pencabut Nyawa!. Kononnya, kelibat jelmaan gelap berselubung jubah ini akan muncul tidak lama sebelum seseorang itu akan mati. Terdapat juga beberapa pemikir percaya bahawa roh kerdipan ini sebenarnya


satu bentuk roh yang memberi panduan dan yang akan membawa jiwa kita di alam selepas mati. Realitinya, tiada sesiapapun yang benar-benar tahu mengapa atau bagaimana seseorang individu itu boleh melalui fenomena sebegini. Tambahan, ia tidaklah begitu aneh kerana berjuta-juta orang pernah melalui pengalaman sebegini dan melayan kerenah 'mereka' ini sama sahaja, seperti fenomena biasa yang berlaku tanpa sebab.

Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Fenomena jika terlihat Bayangan Hitam Seperti Hantu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Topic fenomena
» Gambar hantu bermain laptop di pejabat tertangkap dengan samsung camera
» Bagaimana anda ingin tahu jika kerosakan yang berlaku pada pc atau monitor anda
» Pernahkah anda digangu dengan bayang hitam yang menekan badan anda ketika anda sedang tido hingga anda tidak boleh bergerak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Fenomena sekeliling kita-
Jump to: