Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Setuju dengan PM Lee tentang isu ruang khas bagi setiap kaum

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Setuju dengan PM Lee tentang isu ruang khas bagi setiap kaum Empty
PostSubject: Setuju dengan PM Lee tentang isu ruang khas bagi setiap kaum   Setuju dengan PM Lee tentang isu ruang khas bagi setiap kaum EmptyTue Dec 24, 2013 11:42 pm

Beliau antara lain berkata masyarakat Cina, Melayu dan India masing-masing ada pendapat sendiri dan meminta ruang khas bagi kaum mereka.

Betul, walaupun pendapat masing-masing memang perlu diluahkan, kita mesti faham ada kalanya permintaan kita membuat ruang bersama kita terbatas dalam masyarakat berbilang kaum.

Mengenai papan tanda, saya masih ingat waktu MRT mula beroperasi pada 1988, ada banyak papan tanda dan pengumuman dalam empat bahasa rasmi.

Di tempat lain juga kita boleh mendapati notis dalam empat bahasa rasmi.

Tetapi hari ini, kaum minoriti mungkin berasa ketinggalan apabila bahasa mereka tidak atau kurang digunakan lagi. Kebanyakan notis hari ini hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Pada saya, yang terbaik ialah kita memilih salah satu daripada dua pilihan berikut.

Hanya bahasa Inggeris atau kesemua bahasa rasmi digunakan. Ini akan membuat setiap bangsa berasa pemerintah komited mahu memelihara bahasa mereka.
Amalkan dwibahasa di tempat-tempat khas, iaitu bahasa Inggeris dan satu lagi bahasa rasmi. Umpamanya, bahasa Inggeris dan Tamil di Little India; bahasa Inggeris dan Mandarin di Chinatown; dan bahasa Inggeris dan Melayu di Geylang Serai.
Zaman berubah, jadi memang kita harus menyesuaikan diri mengikut zaman. Namun, keharmonian kaum harus terus diamalkan.

Berhubung pendatang warga asing, cara hidup mereka berbeza sekali daripada cara kita, oleh itu memang wajar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menetapkan 'kuota' jumlah penduduk warga asing di setiap blok.

HDB juga harus menimbangkan penyediaan dewan serbaguna di setiap estet bagi pelbagai majlis, seperti perkahwinan dan kematian. Ini bagi mengelakkan isu kebisingan.

Selain itu, hidupkan taman-taman kita dengan permainan tradisi agar ia kekal dan bagi mengenalkannya kepada masyarakat baru.

Pemerintah komited memberi keutamaan kepada warga Singapura dalam soal pekerjaan, tetapi masih ada majikan swasta mengamalkan sikap perkauman.

Saya harap pemerintah dapat membantu kaum minoriti yang benar-benar tulus ikhlas ingin bekerja agar dilayan secara saksama dalam sektor swasta.

Selain itu, saya harap pemerintah memastikan setiap tempat makan mempunyai sekurang-kurangnya satu gerai halal.

Ini kerana ada segelitir kopitiam, seperti di Bukit Panjang Plaza, tiada ruang makanan halal. Amat sukar bagi kami duduk makan bersama rakan bukan Islam. Di sinilah berlaku pengasingan antara kaum.

Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Setuju dengan PM Lee tentang isu ruang khas bagi setiap kaum
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Johor Baru polis membentuk pasukan khas untuk menyiasat penculikan
» Tentang sejarah UFO
» Tentang produk 4Life
» Topik tentang pekerjaan
» "Pahala amal bergantung pada niat dan setiap orang itu"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Politik-
Jump to: