Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Peniaga pasar Geylang Serai berlumba-lumba tarik pelanggan

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Peniaga pasar Geylang Serai berlumba-lumba tarik pelanggan Empty
PostSubject: Peniaga pasar Geylang Serai berlumba-lumba tarik pelanggan   Peniaga pasar Geylang Serai berlumba-lumba tarik pelanggan EmptySun Jul 19, 2009 8:23 am

PARA peniaga yang sudah mula berjualan di pasar baru Geylang Serai kini saling berlumba-lumba menurunkan harga barangan.

Ini menyusuli semakin ramai pengunjung yang berpusu-pusu ke sana, lantas memeriahkan lagi suasana baru yang mengiringi pembukaan pasar tersebut.

Tinjauan Berita Harian ke atas pasar tersebut baru-baru ini mendapati kebanyakan peniaga menawarkan potongan harga serta pelbagai tawaran istimewa sempena pembukaan kedai baru mereka itu.

Antara tawaran hebat itu termasuk pakaian seperti blaus lengan panjang dan baju kurung.

Misalnya, perniagaan keluarga Zee Shan Fashion, yang terletak berdekatan lif di tingkat dua, kini sedang mengadakan jualan murah bagi koleksi pakaiannya.

Harga blaus-blaus panjangnya terpampang jelas bagi menarik perhatian pengunjung. Blaus-blaus tersebut dijual pada harga antara $5 dengan $15.

Menurut pekedainya, Encik Mubin Raffi, 22 tahun, jualan murah yang diadakan sehingga esok itu bertujuan menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya.

'Kami mengadakan jualan murah ini bagi mendorong pelanggan kami daripada pasar sementara dahulu untuk terus berbelanja dan melanggani kedai kami.

'Jualan murah ini juga dijadikan sebagai suatu 'acara pembukaan', supaya pelanggan dapat mengecam kedai kami,' ujarnya, yang ketika ditemui, sedang melayani sekitar 10 pelanggan sekali gus bersama seorang lagi pekedai.

Begitu juga halnya dengan kedai Faiqah's Collection yang juga terletak di tingkat dua, berdekatan tangga bergerak.

Baju-baju lengan panjangnya berharga di antara $5 dengan $30.

Menurut pemilik Faiqah's Collection, Cik Azizah Abdullah, 30 tahun, kedainya menawarkan harga menarik sejak mereka mula berniaga di situ.

'Kami juga mahu menghabiskan bekalan yang ada bagi memberi laluan kepada stok Ramadan yang bakal tiba.

'Jualan murah ini juga bertujuan menarik lebih ramai pelanggan sempena pembukaan pasar baru Geylang ini,' ujarnya.

Tambah Cik Azizah lagi, beliau merancang meneruskan jualan murah di kedainya untuk tempoh terdekat ini.

Selain pakaian, barangan basah terutama udang, ikan dan sotong juga menarik perhatian para pengunjung dengan harganya yang lebih rendah daripada biasa.

Misalnya, harga sotong yang dijual di beberapa gerai adalah sekitar $4.60 hingga $5.60 sekilo berbanding $6 hingga $8 sekilo pada hari-hari sebelumnya.

'Kami harus bersaing. Ini Geylang. Kalau kami boleh turunkan harga, sudah tentu kami akan turunkan. Kami tidak mahu menyimpan bekalan terlalu lama,' kata satu-satunya penjual ikan berbangsa Melayu di pasar tersebut, Encik Mohamed Sidik, 67 tahun.

Pembantu pentadbiran, Cik Herdawati Adnan, 34 tahun, merupakan antara pengunjung yang tidak mahu melepaskan tawaran- tawaran hebat sempena pembukaan pasar Geylang Serai itu.

'Ada kenalan yang memberitahu kami tentang jualan murah ini sempena pembukaan pasar. Jadi, inilah peluang kita berbelanja sambil berjimat. Misalnya, saya membeli baju lengan panjang pada harga diskaun $35 sedangkan harga asalnya ialah $45.

'Selain itu, harga barangan pasar juga diturunkan. Selalunya udang berharga sekitar $9 sekilo tetapi sekarang kita dapat membeli pada setengah daripada harga asal itu. Sotong pula kami beli $4 sekilo. Sebelum ini, ia boleh mencecah $7 sekilo.

'Namun, yang lebih menarik ialah berbelanja di pasar Geylang Serai kini adalah lebih selesa, teratur dan bersih. Saya merancang berbelanja di sini lagi dalam masa dua tiga hari ini,' kata Cik Herdawati, yang menetap di Choa Chu Kang Avenue 2.


cheers[quote]
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Peniaga pasar Geylang Serai berlumba-lumba tarik pelanggan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Berita dalam negeri-
Jump to: