Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Jerat Cinta Facebook

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Jerat Cinta Facebook Empty
PostSubject: Jerat Cinta Facebook   Jerat Cinta Facebook EmptySun Dec 22, 2013 4:14 am

Jerat Cinta Facebook Images?q=tbn:ANd9GcSjYUk454fV2JwQ1y7ChXYWdS-4xpggT5o0280vh44EIBj8LCgqrg

SUDAH lama Zulifa (bukan nama sebenar) dambakan belaian kasih seorang suami.

Ada kalanya, beliau dipanah rasa cemburu melihatkan wanita lain dimanjakan suami yang tidak putus-putus mencurahkan kekata romantik atau kejutan manis berupa hadiah.

Sayangnya, Din (bukan nama sebenar) bukan jenis suami begitu. Perkahwinan mereka memang diatur keluarga yang bimbang mereka belum lagi mempunyai pilihan hati. Sejak berkahwin, masa Din lebih banyak tertumpu di pejabat dan urusan kerja di luar negara.

Layanan Din pada Zulifa terlalu hambar, seakan-akan tidak dipedulikan perasaan isterinya yang bertubuh pendek dan gempal itu.

Apa sahaja yang dilakukan suri rumah itu demi melihat Din tersenyum bahagia juga bak mencurah air ke daun keladi.

Kurang tiga tahun mereka bernikah tanpa cahaya mata, Din hilang daripada pandangan mata dan tidak pulang lagi ke rumah selama setahun.

Tahu-tahu, Zulifa, suri rumah yang makan hati berulam jantung dek perangai dingin Din itu tersentak dengan berita suaminya sudah bernikah lagi dengan setiausahanya sendiri.

Namun, pada saat beliau mencari penawar bagi mengubat pilu di hatinya, laman Facebook menjadi pengubat segala duka lara.

Sekitar Disember 2008, Zulifa berkenalan dengan Cliff (bukan nama sebenar), 'mat salih' dari United Kingdom yang pandai mengambil hatinya.

Walaupun baru berkenalan dan saling membalas pesanan Facebook atau bersembang siber, Zulifa rasa begitu dekat dengan Cliff.

Usahawan 40-an tahun itu bijak memikat dengan kata-kata yang segera menyejukkan hati Zulifa yang lara.

Sebagaimana dikongsi wanita berusia awal 40-an tahun itu dengan Berita Minggu:

"Berbual dengannya di alam siber memberi saya ketenangan setelah lama terseksa jiwa kerana suami yang buat tak layan dan mengabaikan tanggungjawabnya.

"Walaupun pada awalnya, saya tak tahu siapa dia dan kami berlainan benua ataupun budaya, dia seakan-akan boleh membaca isi hati saya. Selesa nak ceritakan segalanya, mudah merujuk masalah saya bersama Din dengannya.

"Justeru, apabila Cliff beritahu saya beliau nak datang Singapura dan berjumpa saya, hati saya melonjak gembira. Saya nantikan hari tersebut dan kami pun bertemu di Lapangan Terbang Changi. Nak katakan, saya jatuh cinta pandang pertama tatkala menemuinya."

Pendek kata, Cliff bagaikan pepatah Inggeris, knight in shining armour (wira dengan perisai bersinarnya), ataupun lilin yang menerangi hidupnya yang kelam.

Cliff yang masih bujang pula sanggup menghujani Zulifa dengan hadiah mahal, sesuatu yang tidak dapat dinikmati bersama Din meskipun suaminya itu berkemampuan.

"Saya tahu, Din tak cintakan saya. Saya menerima lamaran keluarganya pun kerana saya bimbang pada usia 30-an tahun, saya akan terbiar menjadi anak dara tua.

"Bukannya saya ada rupa, pelajaran pun tak tinggi. Atas dasar bimbang saya payah dapat jodoh, saya teruskan saja menikahi Din tapi begitu pula jadinya. Dia lebih senang berkepit sana sini dengan setiausahanya dan langsung lenyap entah ke mana," keluh Zulifa.

Namun, keintiman Zulifa dengan Cliff yang tercetus dek panahan asmara Facebook itu membawa padah.

Kerana diburu nafsu dan tergoda dek pujuk rayu Cliff, mentelah pula Din tiada di sisi, mereka bersekedudukan bagaikan suami isteri. Keterlanjuran itu membawa kepada kehamilan Zulifa.

Pada masa yang sama, beliau juga merujukkan masalahnya bersama Din yang hilang tanpa berita dan tidak memberinya nafkah selama setahun kepada Mahkamah Syariah. Secara automatik, cerai taklik dijatuhkan selepas aduan Zulifa didapati benar.

"Cuma saya dah tak sedap hati apabila Cliff bagaikan ingin lari daripada tanggungjawabnya. Dia mulanya enggan mengaku anak dalam kandungan saya itu anaknya.

"Kalau tak kerana ibu bapa dan adik-beradik saya menggertaknya ingin heret dia ke pihak polis, alamat dia enggan mengahwini saya," sambung Zulifa lagi.

Selepas perkahwinan mendadak yang menyusuli perkenalan mesra selama enam bulan, Zulifa berhijrah ke United Kingdom untuk tinggal bersama Cliff. Rancangan membina hidup baru bersama lelaki yang disayangi itu bak satu mimpi ngeri yang berulang tayang di mindanya hingga ke hari ini.

"Saya hidup merana di sana. Cliff rupa-rupanya lelaki mata keranjang yang juga kaki mabuk. Kebahagiaan saya sementara saja. Perempuan cantik keliling pinggang. Jadi, dia tak pedulikan saya dan anak kami," tambah Zulifa, penuh kesedihan.

Dalam dirinya berjauhan dengan ibu bapanya di Singapura selama lebih tiga tahun, pahit getir hidup bersama Cliff terpaksa ditelan sendiri.

Hinggalah tahun lalu, ibu bapanya yang sedih melihat keadaannya yang hidup melarat, menggunakan wang simpanan mereka untuk terbang ke United Kingdom.

Zulifa enggan lagi hatinya terguris dan hidupnya bak jatuh ditimpa tangga. Mereka bercerai dan Zulifa dan anaknya yang kini berusia tiga tahun, kembali ke Singapura.

Beliau akur kini lebih tenteram dengan kunjungan ke kelas agama dan membaca Al-Quran. Tahun depan, tekadnya ialah menunaikan umrah bersama seisi keluarga.

"Impian saya untuk hidup bahagia bersama Cliff tidak kesampaian. Saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dengan Din, saya tak bahagia. Bersama Cliff, saya semakin merana.

"Ia pengajaran besar buat saya agar tidak terpedaya dengan mulut manis jejaka asing. Tanpa memeriksa asal usulnya, saya langsung jatuh hati kerana dia melayan saya penuh kasih sayang di Facebook.

"Saya harap kisah ini juga dapat menjadi iktibar kepada wanita - jangan mudah berkongsi masalah rumah tangga anda dengan teman Facebook bukan mahram. Mula-mula kawan, lama-lama jadi ketagihan. Apabila dah terjerat macam saya, makan masa mencari huraian," jelasnya lagi.
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Jerat Cinta Facebook
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Koleksi video facebook kami
» Kian banyak cerai berlaku gara-gara Facebook

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Keluarga-
Jump to: