Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


Share | 
 

 Lelaki hilang di Hutan Templer ditemui

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
admin
Admin


Posts : 128
Join date : 24/06/2009

PostSubject: Lelaki hilang di Hutan Templer ditemui   Tue May 15, 2012 12:59 pm


Encik Hardip Singh, 51 tahun, seorang pegawai undang-undang di Shell Trading Malaysia, ditemui di lereng bukit dalam keadaan trauma dan keletihan sambil memeluk batu besar akibat kesejukan.

Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Encik Azrul Khairi Abu Bakar, sekitar 12 tengah hari.

Operasi membawa turun mangsa yang mengalami kecederaan patah bahu kiri dan luka di lutut serta kaki mengambil masa kira-kira dua jam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohd Sani Harul, berkata lebih 200 anggota pasukan penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Kelab Aman HASH terbabit dalam operasi menyelamat yang digerakkan sejak Rabu lalu.

'Mangsa terjatuh sejak Rabu lalu iaitu pada hari kehilangannya, namun masih mampu berjalan perlahan-lahan keluar meminta pertolongan sebelum keadaannya bertambah teruk dan hanya mengharapkan bantuan tiba,' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Akhbar setempat sebelum ini melaporkan, Encik Hardip dari Taman Bidara, Selayang, dikatakan keluar rumah pada 5 petang Rabu lalu mendaki bukit itu, dipercayai bagi mengenal pasti laluan pendakian yang bakal dianjurkan kelabnya.

Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga 11 malam, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

'Mangsa berada di lokasi bahaya ketika ditemui berdekatan arus deras, namun kami gembira kerana berjaya menyelamatkannya,' katanya. -- BHM.
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Lelaki hilang di Hutan Templer ditemui
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Dengar-dengar-
Jump to: