Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


Share | 
 

 Pereka fesyen terkenal meninggal akibat serangan sakit jantung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
admin
Admin


Posts : 128
Join date : 24/06/2009

PostSubject: Pereka fesyen terkenal meninggal akibat serangan sakit jantung   Thu May 17, 2012 12:52 pm




WALAUPUN kesihatannya terganggu dan beliau sering keluar masuk hospital, pereka fesyen terkenal, Encik Haron Haji Abdul Hamid, terus bekerja di butiknya di Excelsior Hotel di Coleman Street.

Namun, pada 9 Mei lalu, pemilik butik berusia 61 tahun itu, yang antara pelanggannya termasuk keluarga Sultan Brunei, biduanita Kartina Dahari, Anita Sarawak dan Sharifah Aini, diserang sakit jantung sewaktu berada di tandas rumahnya, dan akhirnya meninggal dunia.

Mengesahkan kejadian yang berlaku di rumahnya di Blok 11 Haig Road itu, satu-satunya anak Allahyarham, Encik Abdul Hafitz Haron, 22 tahun, berkata ayahnya bukan seorang perokok, tetapi mempunyai rekod menghadapi masalah sakit jantung sejak 2008 serta beberapa penyakit lain.

Disebabkan itulah, kata Encik Abdul Hafitz yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Allahyarham amat mengambil berat terhadap pemakanannya.

Allahyarham Haron hidup menduda selepas bercerai dengan isterinya pada 2002.

Menurut Encik Hafitz, sepupunya yang menjumpai Allahyarham dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terdengar bunyi kuat dari arah bilik air.

Allahyarham segera dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH), namun doktor dan paramedik gagal menyelamatkannya.

'Saya terkejut dengan pemergian ayah saya itu. Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah,' tambah beliau yang menyifatkan ayahnya itu sebagai seorang yang peramah, baik hati dan suka membantu orang.

Sebagai seorang pereka fesyen, Allahyarham pernah dinobatkan sebagai pereka fesyen dan penjahit pakaian terbaik dalam pertandingan fesyen setempat pada 1983.

Bekas isteri Allahyarham, Cik Liza Harun, 49 tahun, seorang pengurus di sebuah akademi solekan, menyifatkan Allahyarham sebagai 'seorang yang amat ghairah terhadap kerjayanya dan amat berbakat orangnya' dan 'pemergiannya adalah satu kejutan besar'.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas zuhur pada 10 Mei lalu.
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Pereka fesyen terkenal meninggal akibat serangan sakit jantung
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Dengar-dengar-
Jump to: