Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your email here azroyhaikel@gmail.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


Share | 
 

 CDC lancar inisiatif mudahkan penduduk cari kerja

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
admin
Admin


Posts : 128
Join date : 24/06/2009

PostSubject: CDC lancar inisiatif mudahkan penduduk cari kerja   Fri May 18, 2012 8:55 am

Maklumat kerja kosong boleh didapatkan melalui program bank pekerjaan dengan gunakan komputer tablet

PENDUDUK yang tinggal di kawasan tengah Singapura akan lebih mudah mencari kerja.

Ini kerana Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) telah melancarkan suatu inisiatif yang dinamakan Jobs Kiosk@Central semalam.

Inisiatif tersebut, yang merupakan kerjasama antara CDC Central Singapore, Politeknik Nanyang dan WDA, merupakan satu program bank pekerjaan yang boleh dimuat naik ke dalam komputer tablet.

Orang-orang yang mencari kerja boleh mendapatkan maklumat pekerjaan menerusi program tersebut di iPad, yang dipasangkan di dalam kios, dan mereka boleh terus berhubung dengan majikan yang menawarkan perkerjaan tanpa perlu mendaftarkan diri dengan CDC berkenaan.

Setakat ini terdapat hanya tiga kios serupa itu yang terletak di CDC Central Singapore di HDB Hub Bizthree, Lorong 6 Toa Payoh.

Program Jobs Kiosk@Central itu kini menawarkan lebih 500 pekerjaan dalam 10 industri, termasuk makanan dan minuman (F&B), pelayanan, landskap dan perkhidmatan profesional.

Program tersebut membolehkan pengguna mencari kerja dalam sesesuatu industri tertentu dan menghantar butiran pekerjaan menerusi telefon bimbit dengan menaip nombor telefon bimbit ke dalam program.

Jobs Kiosk@Central juga telah diprogramkan agar hanya mengenali nombor pengenalan warga atau penduduk tetap Singapura yang sah.

Buat masa ini, mereka yang mencari kerja perlu membuat janji temu bersama konsultan kerjaya dan melalui suatu sesi nasihat kerjaya yang mengambil masa sehingga satu jam.

Mayor CDC Central Singapore, Encik Sam Tan, berkata:

'Pada 2011, CDC Central Singapore melihat sekitar 7000 penduduk mencari kerja atau peluang-peluang latihan.

'Untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada mereka yang mencari kerja, kami perlu memanfaatkan teknologi dan menawarkan lebih banyak saluran membantu diri.'

WDA akan mengembangkan inisiatif tersebut ke CDC lain, termasuk di kelab-kelab masyarakat, bagi memudahkan lagi proses mencari kerja, sekiranya inisiatif tersebut mencapai kejayaan.

Encik Sam berkata pihaknya telah bekerjasama dengan kelabkelab masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela bagi membantu warga emas dan mereka yang mencari kerja menggunakan sistem Jobs Kiosk@Central itu.

Cik Surani Mohamed Yunor, 45 tahun, yang memohon kerja di CDC Central Singapore, berkata:

'Mudahlah gunakan sistem ini. Kita tidak perlu menunggu lagi. Memang pada mulanya mengelirukan, lebih-lebih lagi bagi orang sudah berumur macam saya ini. Tapi apabila saya dah cuba, bolehlah juga saya gunakan.


[img]'
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
CDC lancar inisiatif mudahkan penduduk cari kerja
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Pekerjaan-
Jump to: